Monday, May 30, 2011

himpunan sejuta belia putrajaya

27.mei.2011,  JUMAAT

hari ni ade perhimpunan kat putrajaya anjuran aadk sempena himpunan sejuta belia. pagi2 lagi aku dah terpacak kat depan masjid rumah aku dengan belia2 dari bandar tasik selatan. tunggu bas punya la lama. dari 10.30 pagi sampai la nak dekat kul 1. perghhhh! tak penat pulak la kan? dah nak kul 1 tu, bas pun sampai. satu bas laki, satu bas lagi pompuan. sejam lepas tu, sampai la kat putrajaya. lepak kat masjid utama putrajaya, tunggu pengerusi aadk sampai. punya la lama, sampai budak2 ni dah kebulur. kesian aku tengok budak2 ni. nak buat cane dik. akak pun lapar. haihh. lepas solat jumaat pun abang aidil tak muncul2 jugak. muka budak2 ni cemberut menahan kelaparan. kul 3, kitorang diarahkan jalan kaki ke masjid besi, iaitu tempat belia2 sume berkumpul. penat tak penat la, dengan lapar lagi, sumpah aku tengok memang kesian budak2 ni. setengah jam pastu, sampai la kitorang kat masjid besi tu. sampai2 je terus makan. team kitorang je yang lambat. team yang lain sume dah beratur g Palace of Justice, dengar taklimat PM kita.

pas makan, kitorang dok lepak kat masjid tu. tak masuk hall pun. dok sebok tengok orang konvoi dengan basikal dorang. bertepuk sakan la budak2 ni. punya la seronok depa ni. hihi. kul 6 tu, taklimat dah abes. tapi kitorang tak boleh balik lagi. ada 2 3 orang budak team kitorang hilang. sesat kat putrajaya. masing2 dah try call couple yang sesat ni, tapi tak dapat. pakwe nye pulak fon tinggal kat rumah. makwe nye pulak tade coverage. haihh. kesian. tapi memang betul. line maxis sangat teruk. aku try call mana2 num maxis, memang tak dapat. MAXIS, YOU SUCK!


tunggu punya la tunggu sampai dah kul 7, kitorang balik jugak. jalan kaki dari masjid besi sampai la kat masjid utama. bayangkan bape jauh tu? kalo aku gemuk, nescaya aku kurus lepas tu. haha. bila bas dah separuh perjalanan, kira2 lagi 15 menet nak sampi kliuc, dapat pulak call dari budak2 laki dalam 5 orang. dorang dah terlepas bas. nasib la. sape suruh merayau. dah elok2 dalam bas, turun pulak g amek gambar. aku pun tatau cane dorang balik sini. naik ERL la kut. sampai rumah dah tak ingat dunia. tido macam nak mati kepenatan.


28.mei.2011, SABTU

hari ni macam nak naik kete dengan kawan aku. nak tunggu deme sume kat putrajaya. sebab ingat nak balik malam sikit. nak tengok budak2 pengakap berkhemah malam2. tapi at last, tukar planning. naik bas jugak. sebab pk kat sana susah nak parking. sampai kat putrajaya kul 2, jumpe pulak dengan budak2 yang g langkawi dulu. perghhh. best la dapat jumpe. hihi. team dorang sume gerak dulu. team aku dengan team kuala selangor lepak makan. dah makan tu kitorang jalan pulak ke dataran depan sasuke. lepak2 amek gambar ramai2. gila seronok. walaupun banyak yang tak kenal sesama sendiri, tapi dorang sporting. especially team kuala selangor. macam dah kenal repat je dengan team aku. maklum la, team kuala selangor sumenye lelaki. peramah la. haha.


tu haa. aku yang kat tepi tuu. tak nampak ka? yang comel2 tu la! haha!

dah sesi bergambar tu, aktiviti bebas pulak. masa tu la kitorang sume jalan2. ada time sampai sejam lebih je nak cuci mata. hehh! mana sempat camtu. tapi takpe la. g jela mana yang sempat. aku nak main basikal dengan roller blade pun tak dapat sebab kesuntukan masa. ingat esoknye tu nak turun lagi, tapi malas la pulak. pk acara penutup lagi gila ramai orang. sampai rumah around 9, tido. hahaha.


sebok nak bergambar. comel je budak2 ni. hihi.


Tuesday, May 17, 2011

rebonding

15.may.2011, AHAD

pergi jalan-jalan kat ampang. sangat-sangat tade mood sebab baru pas gado dengan someone. uhhh. someone that make my stomach in a whirl. hahaha. tapi sokeyy la. dah tatau nak g mana, aku pun teman kawan aku g galaxy ampang buat rambut. perghhh! sangat menakutkan shopping mall itu. ade 4 tingkat, tapi G floor je yang hidup. betul-betul horror! haha. kitorang pun g survey-survey salun kat situ. bila dah survey tu, dah mark dah nak ke salun mana. haha. tetiba pulak aku pun macam nak buat rambut sekali. ade orang belanja. aku pun on jela. hahaha.


first of all, kene laa bukak tudung dulu. kalo tak bukak cane nak buat rambut dek oi. haha. pastu orang tu dok sikat-sikat rambut aku. rambut aku gila kusut. orang tu tanya aku, "dik, dah bape lama tak sikat rambut?". hahaha. aku pun gelak besar. bukan aku gelakkan dia, tapi aku gelakkan diri aku. sebab memang betul pun aku tak sikat rambut. dah 2 hari pun! hahaha!




baru lepas balik dari toilet. dah macam keturunan singh dah aku rase. hahaha!


pas sikat tu, dia sapu krim kat rambut aku. dah sapu tu, perap pulak sejam. time tu la aku borak-borak dengan kawan aku. tak sedar pulak dah sejam. tetiba aku tak tahan nak terkencing. orang tu cepat-cepat cuci rambut aku. perghhh! dah macam cuci-cuci services pulak. almaklumlah, cepat sangat servicenya. wuahahah. pastu aku pun g toilet, dengan tuala basah kat rambut beserta penyepitnya sekali. haha.


orang yang lalu-lalang kat situ dok tengok-tengok. macam pelik pulak dorang tengok aku. sah-sah laa dorang tu tak pernah masuk salun. ceh! berlagak betul aku ni! rambut pun orang seponsor, lagi banyak cakap! hahaha.


pastu orang tu iron rambut aku. pastu sapu krim lagi, perap pulak lagi setengah jam. pastu cuci rambut, pastu treatment. pastu cuci rambut lagi. kali ni lagi wangi dari yang tadi-tadi tu. pastu macam bese la. aku ke toilet lagi nak terkencing. hahaha.


pastu orang tu potong rambut aku v shape. dah potong tu, dia blow pulak rambut aku. pastu iron. perghh! rambut aku lawa gila! macam bervolume tinggi pun ade. tatau la aku mood normal ke bass ke. hahaha. tapi yang aku tau bila kene angin dia goyang-goyang la. macam selembut sutera gitu. hahaha. tak macam rambut aku yang dulu tu. kene angin pun keras je. macam batu. haha.


at last, seronok jugak la dapat rambut baru. tapi boring betul la. punya la lama aku tunggu. dari pukul 4.30 petang sampai la ke 9 malam. balik kampung pun dah lama sampai. siap boleh patah balik kl pastu ke melaka lagi sekali. haha.

Sunday, May 8, 2011

coklat lolipop


hari ni, aku rase cam nak makan lolipop jee. aku pun search kat tenet, saje gatal2. dah tade keje nak buat. phuii! HAHA! tetiba kuar pulak resipi cane nak buat coklat lolipop. woww. cam rase nak try je. HAHA! aku pun try buat. cara2 dia pun senang je. senang gila bai.


BAHAN-BAHAN
  • coklat warna-warni. tapi kalo korang guna coklat warna putih je, kene ade pewarna. cam aku pakai coklat putih je.
  • mould (macam2 design)
  • lidi / brush (aku pakai lidi je. save budget. hihi.)

CARA-CARA
  • panaskan coklat putih sampai cair
  • dah cair tu, separuh dari coklat tadi diasingkan beberapa bahagian. cam aku letak 5 bahagian je. separuh lagi yang tadi tu biar je dalam periuk. toksah deme nak mandai2 sume coklat nak deme campurkan. haha.
  • yang 5 bahagian tu ikut tase aku letak warna merah satu bahagian, hijau, biru air laut, kuning, warna coklat (yang ni aku memang panaskan coklat yang memang dah warna coklat)
  • letak laa coklat warna-warni ni dalam mould. contoh mould katak. letak laa warna hijau dengan kuning. nak nampak real sikit coklatkan mata dengan mulut dia. pastu boldkan. (perghhh! dah macam microsoft word pulak.HAHA!)
  • pastu sejuk kan sat dalam peti ais. toksah lama2 la. seminit pun cukup
  • pastu cover belakang pulak dengan coklat putih yang aku suruh letak dalam periuk tadi tuu. letak batang lolipop sekali.
  • pastu sejuk kan lagi dalam peti ais. dalam 3 4 menet ke.
  • dah boleh makan. PHUII!
    
    
     
     
     
    
    


Thursday, May 5, 2011

mothers day

 hello operator, does heaven have a phone number? mommy went to heaven, but i need her here today, my tummy hurts and i fell down, i need her right away. operator, can you tell me how to find her in this book? i dont know where to look. i think my daddy needs her too, at night i hear him cry. i hear he calls mommy's name sometimes, but i really dont know why. maybe if i call her, she will hurry home to me.

is heaven is very far away? is it across the sea? she's been gone a long, long time she needs to come home now. i really need to reach her, but i simply dont know how. help me to find the number please, is it listed under "Heaven"? i cant read these big big words, i am only seven. im sorry operator, i didnt mean to make you cry, is your tummy hurting too, or is there something in your eye? if i call my church maybe they will know mommy said when we need help that's where we should go. i found the number to my church tacked up on the wall. thank you operator, i'll give them a call.



mommy,
your arms were always open when i needed a hug. your heart understood when i needed a friend. your gentle eyes were stern when i needed a lesson. your strength and love has guided me and gave me wings to fly.


mommy,
you may be treated like the maid,
you may be treated like the gardener,
you may be treated like the daycare,
you may be treated like the chauffer,
you may be treated like many things.


but one thing is for sure,
you will always be loved.
for a fathers work may be from sun up till sundown,
but a mothers work is never down.
and all that i have, am, and hope to be, i owe to you,
so this is for all the times i forgot to say thank you.


HAPPY MOTHERS DAY MOM!



Wednesday, May 4, 2011

langkawi

2.april.2011, SABTU

hari ni aku akan ke langkawi untuk pegi kursus AADK dibawah Biro Tatanegara. sume kene berkumpul kat depan AADK pukul 8 malam sebab bas sampai 8.30 malam. pastu warga AADK bagi taklimat sikit pasal selok-belok kursus tuu nanti. pastu tunggu bas lagi sampai pukul 11 malam. dari pukul 7 sampai laa ke pukul 11, bas tak sampai2 lagi. dah 4x aku kencing! HAHA! ye laa.takut kat dalam bas nanti aku asek nak kencing jee. bukan boleh caye perut aku ni. time jalan jauh cani laa dia tanak behave sikit. mula nak buat pangai. HAHA! pukul 11.30 malam, 2 bas yang ditunggu2 pun sampai. apa lagi. bersorak sakan laa depa sumaa. macam dah tak sabaq dah nak p langkawi nun. macam lipas kudung je sumenye bila suruh letak beg dalam bas. relax beb! bas tak lari punye! dok tunggu hangpa tuu! toksah risau haihhh! HAHA! (mentang2 nak p langkawi, loghat pun dah tukar. haha). bas pun bergerak. disebabkan kebuluran tahap rakyat afrika menguasai diri depa suma termasuk ceq, maka berhentinyalah bas tersebut itu di rawang. HAHA!


3.april.2011, AHAD

pas makan, bas pun bergerak lagi. perut pun dah kenyang, ditambah pulak dengan orang yang bawak bas tu pasang lagu jiwang malam2 yang sepi pak mat jual kopi tu, pergghhh! sumenye dah pegi ke alam lain. dah hanyut dah. dengan aku2 sekali laa. of course! HAHA! abang tu bijak memainkan peranan. jangan dia pulak yang tido udahlah yee! disebabkan aku pun hanyut, aku pun tatau laa bape kali bas tu berhenti. yang aku ingat kat tapah je. pastu dah masuk tol kat kedah pukul 4.30 pagi, pun berhenti jugak. isi minyak. pastu aku dah tak tahan lagi menanggung seksa. HAHA! aku ingat aku sorang je turun, bila aku toleh belakang rupenye ramai yang menanggung seksa macam aku. HAHA! bila dah settle, aku pun dah lega, bas pun gerak ke jeti kuala perlis. pukul 6.30 kitorang pun sampai kat jeti. letak beg kat jeti, pastu pegi breakfast kat kedai depan jeti dulu sebab feri pukul 8 pagi. ni laa first time aku sampai sini, first time jugak naik feri. mana2 feri pun aku tak pernah naik. jakun kan? HAHA! best wooo!


dalam feri aku tido lagi. mata aku gila berat dah. 45 menet pastu, sampai laa kat langkawi. naik bas 2 tingkat beb, gua cakap sama lu! pastu pukul 10 sampai laa kitorang kat pusat latihan panorama resort, langkawi. ade perkataan resort ke kat signboard panorama tu? ahhh! lantak laa. aku pun dah tak ingat. HAHA! sampai2 je situ, aku ingat dah boleh check in. rupe2 nye jurulatih suruh kawad! HAHA! terbeliak bijik mata budak2 ni. HAHA! pas kawad tu kitorang breakfast pastu pegi hall pulak dengar taklimat. haishhh! orang penat2 ni disuruhnye dengar taklimat pulak. adoiai! HAHA! tapi takpe laa. pak abu tu kelakar. best gilaa otak dia. layan kepala. HAHA! pastu amek kunci bilik pastu check in laa. hang nak p mana lagi? HAHA! hadoiiai! masuk2 je bilik, ade 4 katil. perggghh! hotel la katakan! tak sia2 laa aku panggil dia resort! HAHA!



malam tu ade aktiviti kat hall. tengah dok bersuka suka riang ria bersama ribena tu, datang laa sorang laki ni. tiba2 je dia naik pentas. haikk? siapakah beliau ini? muka dia sebijik macam sultan brunei. alaaaaa, si hassanal bolkiah tu laa. HAHA! pasti marah lelaki ni bila dia dikaitkan dengan si sultan tu. selidik punye selidik, rupenye dia ni orang besar Biro Tatanegara. timbalan pengarah laa aku rase. sebab aku pun tak bape nak ingat. HAHA! bila dia naik je pentas, otometik sume senyap. cengkerik kat luar tu pun diam. macam malaikat lalu jee. HAHA! dia pun bagi ucapan, pastu mengamuk! budak2 ni tak serius mase kursus ni. ade laa 2 3 jam dia mengamuk. bad mood gilaa dia. tapi takpe. hensem punye pasal. pastu dia bahagi2 kan kitorang kumpulan. pastu dia suruh tulis dalam kertas bape umur kite dalam tahun, bulan, hari, dalam keadaan mengamuk2 tu laa. dah siap tu dia suruh pulak tulis selama kite hidup ni, bape kilo beras yang kite dah makan, bape kilo daging, ayam, milo, bape tin susu, teh, kopi, gula, bape liter air, macam2 laa. bagi masa pun 15 menet je. pun dalam keadaan mengamuk jugak. perghhh! gila challenge betul kursus ni. HAHA! maka terkial2 laa deme sume mengira. yang tatau nak kira pun ade, otak dah beku baru pas kene marah tadi. HAHA! aku pun sama. kenapa laa aku tak bawak kalkulator saintifik 560fx aku yang canggih tu? HAHA! time2 cani laa baru dok pikiaq nak bawak macam2.



setelah diselidik, dikaji, dihentam sumenye, bertan2 kilogram kilowatt kilometrico beras sudah aku telan. ade sorang budak laki ni kene marah dengan si hassanal bolkiah. dia kata takkan laa makan beras bertan2! HAHA! dia kata tak relevan! HAHA! terpisat2 budak tu aku tengok. peliknye sume pun dok padam kira2 yang dorang buat tu, pastu kira balik. takut punye pasal. HAHA! aku pun padam jugak. HAHA! tapi bila pikiaq balik, relevan laa jugak makan nasi bertan2. mana tak nye, orang kuat mentekedarah macam aku makan 6 7 pinggan sehari, hangpa kira laa kalo dah 23 tahun hidup asek mentekedarah jee. HAHA! (kalo nak kira jangan lupa pakai kalkulator saintifik 560 fx tau! HAHA!)


4.april.2011, ISNIN

subuh2 lagi dah bangun. bukan semayang pun. lepak surau je. HAHA! almaklumlah, bendera soviet union dah mai. HAHA! breakfast, kawad, pastu taklimat kat hall. pastu buat sesi suai kenal dalam group kat luar dengan facie2. macam2 cite kelakar kuar. HAHA! pastu hari ni kene naik gunung raya. bila sume group dah ade kat kaki gunung, kitorang pun mensetartkan pendakian. bengkang bengkok jalannye, macam nak naik cameron je aku rase. hihi. bila dah naik bukit tu, bese laa. mesti ade yang pancit. tapi sumenye oke. boleh layan kepala. good good je sumenye. HAHA! teruskan pendakian. sejam pastu benti makan. pastu mohh ler kite teruskan lagi ekspedisi kite ni. HAHA! ade yang pakai selipar je, sebab kaki dah melecet. yang tak pakai kasut pun ade. aku laa tu beb. HAHA!



setelah benti berkoyan2 kali, akhirnye sampai jugak kat puncak gunung raya berketinggian 3000 kaki ++ dari aras laut. (mengikut signboard yang aku baca. HAHA!) hulamakkk! pemandangan langkawi gila cantik! tak terkata beb! kuasa tuhan. sume group sampai puncak pukul 6 petang. lepak2, amek gambar jap, pastu turun. dorang sume tetap tanak ngaku kalah. nak jugak turun bukit jalan kaki. pada hal si hassanal bolkiah tu dah kata boleh turun naik kete. haihh! ape laa biawak batunye korang ni! HAHA!  tapi aku tabik laa kat korang. walaupun kaki bengkak, tetap bersemangat jugak nak jalan kaki turun bukit. pukul 7, kitorang pun bergerak turun bukit. kaki sakit2 pun dorang relax je. bagus betul laa korang ni. tak sia2 abang aidil amek korang masuk kursus. tak sia2 korang kene maki hamun semalam. HAHA!



dah 7.30 malam dah. budak nama azureen jalan dengan aku dengan mak aku. elok je dia gelak sakan dengan budak2 ni. bila kitorang leka je, tengok2 dia sorang2 kat belakang. pehal pulak budak ni. takkan nak amek angin malam sorang2 kut? tapi kat badan dia tade pulak aku nampak perkataan "leave me alone". oleh sebab dalam badan aku ni ade darah seorang ketua, walaupun dalam kursus ni aku bukan laa penghulu mahupun ketua kumpulan, aku memberanikan diri mengreversekan badan aku ke belakang. aku teman dia. tapi dia buat dekk je dengan aku. aku pun layan mp3 aku bila sedar2 je aku dah kat depan dengan budak2 ni. pastu ade budak jerit kat belakang. dia kata tangan si zureen tu sejuk gila. kitorang pun benti jap. ubatkan dia, pastu tunggu abang2 urusetia amek. tetiba aku pulak migrain. budak2 laki suruh aku jauh sikit dari zureen, takut aku pun tersampok pulak. ye laa. masa tu aku tak bersih. pelik pulak dia tak kacau aku masa tu. HAHA! aku tough la. ceh. berlagak betul kau ye! tapi gua relax beb. tak payah nak takut2 ni. hantu pun takut tengok gua mentekedarah! HAHA!



tunggu punye tunggu, rupenye bukan abang2 ni yang amek kitorang, tapi si hassanal bolkiah tu yang amek! mati aku! masa tu aku dah bayangkan hospital dah. HAHA! benti kat air terjun, makan malam sat pukul 9.30. pastu baca doa sebab dah malam kan. nak turun bukit pulak tu. ramai sangat yang lemah semangat. maklumlah. kite crossline tempat dia. dia pun happy go lucky laa dapat kawan baru. ekeke. difahamkan jugak ade group yang 'hilang' masa tu. sebab tak cukup orang time makan tu. so ade caranye. pas baca doa tu, sorang2 kene turun. tak boleh dua tiga orang. sorang jalan, pas 3 menet tu sorang lagi jalan. pas 3 menet pun camtu jugak. kalo takut, suluh laa kawan yang kat depan dengan belakang tu. dengan syarat tak boleh jalan sama2. kene sorang2 jugak. sampai laa kat kaki gunung. aku dengan zureen pindah kete lain. dengan budak2 laki yang dah tak larat nak turun dengan manual. sampai kat panorama 10.30, aku tetido pukul 11. takut punye pasal. sebab yang lain tak sampai lagi. punye laa aku takut sampai aku bukak tv masa nak tido. HAHA! sedar2 dorang balik pukul 1 lebih, dengan basah kuyup. rupenye dorang sume mandi kat pool ramai2. bese laa. baru balik dari gunung kan. buang la pape yang patut.


5.april.2011, SELASA

pagi ni sume bangun lambat. kaki bengkak laa mata merah laa sembab laa. jalan senget2 laa, mengada betul. HAHA! pagi2 dah kene buat senamam berirama oleh pak abu. gila kelakar! lirik lagu pun dia main hentam je. tapi betul la. kurang sikit penat tu. pastu sebok pulak dengan aktiviti berdebat. debat pasal negara.. ade yang gila harta. macam2 pangai. HAHA! pastu latihan kawad, pastu main bola dalam swimming pool sampai maghrib. seronok sangat. hilang tension jap. pas maghrib, ade aktiviti lagi kat hall. baru aku tau nama si hassanal bolkiah tu sebenarnye tuan hamim. sumpah dia hensem macam hassanal bolkiah. pastu kitorang kawad dari pukul 12 sampai 3 pagi. sape yang dah settle kawad, dapat nombor macam atlet lumba lari tuu. tatau laa aku lari berpagar ke lari berganti2 ke. idok ler deme kaborkan kat teman. HAHA! yang aku peliknye, mak aku tak siap2 kawad lagi! HAHA! pukul 4 tu, sume masuk hall. buat poco2 la, jadi konduktor muzik laa. bukan konduktor bas tau. HAHA! aku menang nombor 2. pukul 6 pagi, balik bilik. tido jap.



6.april.2011, RABU

pas breakfast, ade taklimat kat hall. hari ni kitorang buat treasure hunt. seronok gilaaaa. siap buat bendera lagi.kertas yang last tu punye arahan, suruh kitorang buat persembahan. pastu kitorang kene bagi kasut sebelah kiri, tudung, baju yang budak laki pakai, jam, bra, macam2 laa. walaupun bengang dan agak kelam kabut, tapi sumpah seronok! kelakar gilaa! ingatkan malam boleh rehat, rupenye ade lagi aktiviti. pertandingan nyanyi lagu patriotik pulak tu. HAHA! gasak korang la.


7.april.2011, KHAMIS

pagi ni pakai baju kurung, sebab acara penutup kan. pas taklimat, sesi penyampaian sijil. pastu salam2 dengan dorang sume. HAHA! macam nak nangis pun ade. sedih siot. HAHA! pastu balik bilik packing barang, turun kat lobi. ade 2 bas dah tunggu. naik bas ikut group, pusing2 langkawi. pegi kat tempat buat gamat lah, batik lah. pastu naik bot jalan2 kat muara sunga, Kilim Geoforest Park. budak yang bawak bot tu kata kalo nak pegi Thailand 45 menet je dari sini. perggghhh! nasib aku tak bawak calon laki aku. kalo tak, aku dah heret dia bawak p nikah. HAHA! amboi! gatal mengghela naa! HAHA! pastu masuk gua kelawar, pegi tengok orang ternak ikan, pastu nampak pulau bentuk kasut. dah abes melawat (ceh, macam waktu melawat hospital je) tu, naik bas pulak nak ke Kuah pegi shopping. perghh! borong habis. kesian Najib tolong tolak troli aku yang sarat dengan barang2. ni bukan nak p kursus ni. ni nak p beli belah ni! (bak kata abang aidil). HAHA! dah shopping tu, terus gerak ke jeti. kelam kabut sebab masa tu dah pukul 6.30 petang, feri last pulak pukul 7. hai? ramai pulak yang naik feri last ni. sampai dah tade seat dah. bila dah naik feri tu, borak2 jap dengan dorang sume. pastu tido jap. pukul 8 sampai kat jeti Kuala Perlis, bas dah tunggu. kitorang bergambar sat, pastu naik bas. satu bas untuk budak2 KL, satu lagi untuk budak2 Melaka. kitorang berpecah. sampai kat satu hentian tu dalam pukul 10, masing2 makan. jumpe balik budak2 tadi. hihi. pastu berpecah balik. naik je bas masing2 dah hanyut. macam bese laa. abang bas tu bukak lagu jiwang. HAHA! tah bape hentian yang bas tu benti pun aku tak sedar. HAHA! yang aku sedar bila bas dah sampai tol duta. HAHA! buruk pangai betul. HAHA! yang peliknye, aku tak kencing langsung! HAHA! amazing! HAHA! baikk punye aku simpan dalam pundi. HAHA! dari tol duta sampai laa ke AADK aku tak tido. nak tido pebendenye, dah sampai pun. HAHA! sampai AADK pukul 6 pagi. aku terus balik rumah. budak2 Melaka sampai pukul 10 pagi. yang tak bestnye, coklat2 dengan gamat2 aku hilang. termasuk dalam beg orang lain. gelak sakan aku. HAHA!


terima kasih tak terhingga kepada Encik Aidil, selaku pengerusi AADK dan tak lupa juga kepada Tuan Hamim, selaku timbalan pengarah (kalo tak silap) Biro Tatanegara kerana telah menjalankan kursus2 camni. walaupun penat, tapi seronok. pasni kalo dorang buat lagi kursus2 camni, pendek kata you should go lahhhh! HAHA!




kolam ternakan ikan muara sungai kilim

amboi depa ni!

bendera group 6

puncak gunung raya.


penyampaian sijil

rehat sat. penat.

ni laa mak aku. HAHA! sebok nak ajak aku bergambar!

Kilim Geoforest Park.


aril dengan khairol.

main bola dalam kolam.

benti makan kat tepi jalan.

yang ni ceq taktau nak habaq mai lagu mana. HAHA!
tersenyum bahagia. wewwiittt!

kaki gunung. sempat posing lagi tuu.
poyo betul. HAHA!

group 6 dapat sijil

mendaki bukit


dengan abang zul aka nabil