hari ni aku akan ke langkawi untuk pegi kursus AADK dibawah Biro Tatanegara. sume kene berkumpul kat depan AADK pukul 8 malam sebab bas sampai 8.30 malam. pastu warga AADK bagi taklimat sikit pasal selok-belok kursus tuu nanti. pastu tunggu bas lagi sampai pukul 11 malam. dari pukul 7 sampai laa ke pukul 11, bas tak sampai2 lagi. dah 4x aku kencing! HAHA! ye laa.takut kat dalam bas nanti aku asek nak kencing jee. bukan boleh caye perut aku ni. time jalan jauh cani laa dia tanak behave sikit. mula nak buat pangai. HAHA! pukul 11.30 malam, 2 bas yang ditunggu2 pun sampai. apa lagi. bersorak sakan laa depa sumaa. macam dah tak sabaq dah nak p langkawi nun. macam lipas kudung je sumenye bila suruh letak beg dalam bas. relax beb! bas tak lari punye! dok tunggu hangpa tuu! toksah risau haihhh! HAHA! (mentang2 nak p langkawi, loghat pun dah tukar. haha). bas pun bergerak. disebabkan kebuluran tahap rakyat afrika menguasai diri depa suma termasuk ceq, maka berhentinyalah bas tersebut itu di rawang. HAHA!
3.april.2011, AHAD
pas makan, bas pun bergerak lagi. perut pun dah kenyang, ditambah pulak dengan orang yang bawak bas tu pasang lagu jiwang malam2 yang sepi pak mat jual kopi tu, pergghhh! sumenye dah pegi ke alam lain. dah hanyut dah. dengan aku2 sekali laa. of course! HAHA! abang tu bijak memainkan peranan. jangan dia pulak yang tido udahlah yee! disebabkan aku pun hanyut, aku pun tatau laa bape kali bas tu berhenti. yang aku ingat kat tapah je. pastu dah masuk tol kat kedah pukul 4.30 pagi, pun berhenti jugak. isi minyak. pastu aku dah tak tahan lagi menanggung seksa. HAHA! aku ingat aku sorang je turun, bila aku toleh belakang rupenye ramai yang menanggung seksa macam aku. HAHA! bila dah settle, aku pun dah lega, bas pun gerak ke jeti kuala perlis. pukul 6.30 kitorang pun sampai kat jeti. letak beg kat jeti, pastu pegi breakfast kat kedai depan jeti dulu sebab feri pukul 8 pagi. ni laa first time aku sampai sini, first time jugak naik feri. mana2 feri pun aku tak pernah naik. jakun kan? HAHA! best wooo!
dalam feri aku tido lagi. mata aku gila berat dah. 45 menet pastu, sampai laa kat langkawi. naik bas 2 tingkat beb, gua cakap sama lu! pastu pukul 10 sampai laa kitorang kat pusat latihan panorama resort, langkawi. ade perkataan resort ke kat signboard panorama tu? ahhh! lantak laa. aku pun dah tak ingat. HAHA! sampai2 je situ, aku ingat dah boleh check in. rupe2 nye jurulatih suruh kawad! HAHA! terbeliak bijik mata budak2 ni. HAHA! pas kawad tu kitorang breakfast pastu pegi hall pulak dengar taklimat. haishhh! orang penat2 ni disuruhnye dengar taklimat pulak. adoiai! HAHA! tapi takpe laa. pak abu tu kelakar. best gilaa otak dia. layan kepala. HAHA! pastu amek kunci bilik pastu check in laa. hang nak p mana lagi? HAHA! hadoiiai! masuk2 je bilik, ade 4 katil. perggghh! hotel la katakan! tak sia2 laa aku panggil dia resort! HAHA!
malam tu ade aktiviti kat hall. tengah dok bersuka suka riang ria bersama ribena tu, datang laa sorang laki ni. tiba2 je dia naik pentas. haikk? siapakah beliau ini? muka dia sebijik macam sultan brunei. alaaaaa, si hassanal bolkiah tu laa. HAHA! pasti marah lelaki ni bila dia dikaitkan dengan si sultan tu. selidik punye selidik, rupenye dia ni orang besar Biro Tatanegara. timbalan pengarah laa aku rase. sebab aku pun tak bape nak ingat. HAHA! bila dia naik je pentas, otometik sume senyap. cengkerik kat luar tu pun diam. macam malaikat lalu jee. HAHA! dia pun bagi ucapan, pastu mengamuk! budak2 ni tak serius mase kursus ni. ade laa 2 3 jam dia mengamuk. bad mood gilaa dia. tapi takpe. hensem punye pasal. pastu dia bahagi2 kan kitorang kumpulan. pastu dia suruh tulis dalam kertas bape umur kite dalam tahun, bulan, hari, dalam keadaan mengamuk2 tu laa. dah siap tu dia suruh pulak tulis selama kite hidup ni, bape kilo beras yang kite dah makan, bape kilo daging, ayam, milo, bape tin susu, teh, kopi, gula, bape liter air, macam2 laa. bagi masa pun 15 menet je. pun dalam keadaan mengamuk jugak. perghhh! gila challenge betul kursus ni. HAHA! maka terkial2 laa deme sume mengira. yang tatau nak kira pun ade, otak dah beku baru pas kene marah tadi. HAHA! aku pun sama. kenapa laa aku tak bawak kalkulator saintifik 560fx aku yang canggih tu? HAHA! time2 cani laa baru dok pikiaq nak bawak macam2.
setelah diselidik, dikaji, dihentam sumenye, bertan2 kilogram kilowatt kilometrico beras sudah aku telan. ade sorang budak laki ni kene marah dengan si hassanal bolkiah. dia kata takkan laa makan beras bertan2! HAHA! dia kata tak relevan! HAHA! terpisat2 budak tu aku tengok. peliknye sume pun dok padam kira2 yang dorang buat tu, pastu kira balik. takut punye pasal. HAHA! aku pun padam jugak. HAHA! tapi bila pikiaq balik, relevan laa jugak makan nasi bertan2. mana tak nye, orang kuat mentekedarah macam aku makan 6 7 pinggan sehari, hangpa kira laa kalo dah 23 tahun hidup asek mentekedarah jee. HAHA! (kalo nak kira jangan lupa pakai kalkulator saintifik 560 fx tau! HAHA!)
4.april.2011, ISNIN
subuh2 lagi dah bangun. bukan semayang pun. lepak surau je. HAHA! almaklumlah, bendera soviet union dah mai. HAHA! breakfast, kawad, pastu taklimat kat hall. pastu buat sesi suai kenal dalam group kat luar dengan facie2. macam2 cite kelakar kuar. HAHA! pastu hari ni kene naik gunung raya. bila sume group dah ade kat kaki gunung, kitorang pun mensetartkan pendakian. bengkang bengkok jalannye, macam nak naik cameron je aku rase. hihi. bila dah naik bukit tu, bese laa. mesti ade yang pancit. tapi sumenye oke. boleh layan kepala. good good je sumenye. HAHA! teruskan pendakian. sejam pastu benti makan. pastu mohh ler kite teruskan lagi ekspedisi kite ni. HAHA! ade yang pakai selipar je, sebab kaki dah melecet. yang tak pakai kasut pun ade. aku laa tu beb. HAHA!
setelah benti berkoyan2 kali, akhirnye sampai jugak kat puncak gunung raya berketinggian 3000 kaki ++ dari aras laut. (mengikut signboard yang aku baca. HAHA!) hulamakkk! pemandangan langkawi gila cantik! tak terkata beb! kuasa tuhan. sume group sampai puncak pukul 6 petang. lepak2, amek gambar jap, pastu turun. dorang sume tetap tanak ngaku kalah. nak jugak turun bukit jalan kaki. pada hal si hassanal bolkiah tu dah kata boleh turun naik kete. haihh! ape laa biawak batunye korang ni! HAHA! tapi aku tabik laa kat korang. walaupun kaki bengkak, tetap bersemangat jugak nak jalan kaki turun bukit. pukul 7, kitorang pun bergerak turun bukit. kaki sakit2 pun dorang relax je. bagus betul laa korang ni. tak sia2 abang aidil amek korang masuk kursus. tak sia2 korang kene maki hamun semalam. HAHA!
dah 7.30 malam dah. budak nama azureen jalan dengan aku dengan mak aku. elok je dia gelak sakan dengan budak2 ni. bila kitorang leka je, tengok2 dia sorang2 kat belakang. pehal pulak budak ni. takkan nak amek angin malam sorang2 kut? tapi kat badan dia tade pulak aku nampak perkataan "leave me alone". oleh sebab dalam badan aku ni ade darah seorang ketua, walaupun dalam kursus ni aku bukan laa penghulu mahupun ketua kumpulan, aku memberanikan diri mengreversekan badan aku ke belakang. aku teman dia. tapi dia buat dekk je dengan aku. aku pun layan mp3 aku bila sedar2 je aku dah kat depan dengan budak2 ni. pastu ade budak jerit kat belakang. dia kata tangan si zureen tu sejuk gila. kitorang pun benti jap. ubatkan dia, pastu tunggu abang2 urusetia amek. tetiba aku pulak migrain. budak2 laki suruh aku jauh sikit dari zureen, takut aku pun tersampok pulak. ye laa. masa tu aku tak bersih. pelik pulak dia tak kacau aku masa tu. HAHA! aku tough la. ceh. berlagak betul kau ye! tapi gua relax beb. tak payah nak takut2 ni. hantu pun takut tengok gua mentekedarah! HAHA!
tunggu punye tunggu, rupenye bukan abang2 ni yang amek kitorang, tapi si hassanal bolkiah tu yang amek! mati aku! masa tu aku dah bayangkan hospital dah. HAHA! benti kat air terjun, makan malam sat pukul 9.30. pastu baca doa sebab dah malam kan. nak turun bukit pulak tu. ramai sangat yang lemah semangat. maklumlah. kite crossline tempat dia. dia pun happy go lucky laa dapat kawan baru. ekeke. difahamkan jugak ade group yang 'hilang' masa tu. sebab tak cukup orang time makan tu. so ade caranye. pas baca doa tu, sorang2 kene turun. tak boleh dua tiga orang. sorang jalan, pas 3 menet tu sorang lagi jalan. pas 3 menet pun camtu jugak. kalo takut, suluh laa kawan yang kat depan dengan belakang tu. dengan syarat tak boleh jalan sama2. kene sorang2 jugak. sampai laa kat kaki gunung. aku dengan zureen pindah kete lain. dengan budak2 laki yang dah tak larat nak turun dengan manual. sampai kat panorama 10.30, aku tetido pukul 11. takut punye pasal. sebab yang lain tak sampai lagi. punye laa aku takut sampai aku bukak tv masa nak tido. HAHA! sedar2 dorang balik pukul 1 lebih, dengan basah kuyup. rupenye dorang sume mandi kat pool ramai2. bese laa. baru balik dari gunung kan. buang la pape yang patut.
5.april.2011, SELASA
pagi ni sume bangun lambat. kaki bengkak laa mata merah laa sembab laa. jalan senget2 laa, mengada betul. HAHA! pagi2 dah kene buat senamam berirama oleh pak abu. gila kelakar! lirik lagu pun dia main hentam je. tapi betul la. kurang sikit penat tu. pastu sebok pulak dengan aktiviti berdebat. debat pasal negara.. ade yang gila harta. macam2 pangai. HAHA! pastu latihan kawad, pastu main bola dalam swimming pool sampai maghrib. seronok sangat. hilang tension jap. pas maghrib, ade aktiviti lagi kat hall. baru aku tau nama si hassanal bolkiah tu sebenarnye tuan hamim. sumpah dia hensem macam hassanal bolkiah. pastu kitorang kawad dari pukul 12 sampai 3 pagi. sape yang dah settle kawad, dapat nombor macam atlet lumba lari tuu. tatau laa aku lari berpagar ke lari berganti2 ke. idok ler deme kaborkan kat teman. HAHA! yang aku peliknye, mak aku tak siap2 kawad lagi! HAHA! pukul 4 tu, sume masuk hall. buat poco2 la, jadi konduktor muzik laa. bukan konduktor bas tau. HAHA! aku menang nombor 2. pukul 6 pagi, balik bilik. tido jap.
6.april.2011, RABU
pas breakfast, ade taklimat kat hall. hari ni kitorang buat treasure hunt. seronok gilaaaa. siap buat bendera lagi.kertas yang last tu punye arahan, suruh kitorang buat persembahan. pastu kitorang kene bagi kasut sebelah kiri, tudung, baju yang budak laki pakai, jam, bra, macam2 laa. walaupun bengang dan agak kelam kabut, tapi sumpah seronok! kelakar gilaa! ingatkan malam boleh rehat, rupenye ade lagi aktiviti. pertandingan nyanyi lagu patriotik pulak tu. HAHA! gasak korang la.
7.april.2011, KHAMIS
pagi ni pakai baju kurung, sebab acara penutup kan. pas taklimat, sesi penyampaian sijil. pastu salam2 dengan dorang sume. HAHA! macam nak nangis pun ade. sedih siot. HAHA! pastu balik bilik packing barang, turun kat lobi. ade 2 bas dah tunggu. naik bas ikut group, pusing2 langkawi. pegi kat tempat buat gamat lah, batik lah. pastu naik bot jalan2 kat muara sunga, Kilim Geoforest Park. budak yang bawak bot tu kata kalo nak pegi Thailand 45 menet je dari sini. perggghhh! nasib aku tak bawak calon laki aku. kalo tak, aku dah heret dia bawak p nikah. HAHA! amboi! gatal mengghela naa! HAHA! pastu masuk gua kelawar, pegi tengok orang ternak ikan, pastu nampak pulau bentuk kasut. dah abes melawat (ceh, macam waktu melawat hospital je) tu, naik bas pulak nak ke Kuah pegi shopping. perghh! borong habis. kesian Najib tolong tolak troli aku yang sarat dengan barang2. ni bukan nak p kursus ni. ni nak p beli belah ni! (bak kata abang aidil). HAHA! dah shopping tu, terus gerak ke jeti. kelam kabut sebab masa tu dah pukul 6.30 petang, feri last pulak pukul 7. hai? ramai pulak yang naik feri last ni. sampai dah tade seat dah. bila dah naik feri tu, borak2 jap dengan dorang sume. pastu tido jap. pukul 8 sampai kat jeti Kuala Perlis, bas dah tunggu. kitorang bergambar sat, pastu naik bas. satu bas untuk budak2 KL, satu lagi untuk budak2 Melaka. kitorang berpecah. sampai kat satu hentian tu dalam pukul 10, masing2 makan. jumpe balik budak2 tadi. hihi. pastu berpecah balik. naik je bas masing2 dah hanyut. macam bese laa. abang bas tu bukak lagu jiwang. HAHA! tah bape hentian yang bas tu benti pun aku tak sedar. HAHA! yang aku sedar bila bas dah sampai tol duta. HAHA! buruk pangai betul. HAHA! yang peliknye, aku tak kencing langsung! HAHA! amazing! HAHA! baikk punye aku simpan dalam pundi. HAHA! dari tol duta sampai laa ke AADK aku tak tido. nak tido pebendenye, dah sampai pun. HAHA! sampai AADK pukul 6 pagi. aku terus balik rumah. budak2 Melaka sampai pukul 10 pagi. yang tak bestnye, coklat2 dengan gamat2 aku hilang. termasuk dalam beg orang lain. gelak sakan aku. HAHA!
terima kasih tak terhingga kepada Encik Aidil, selaku pengerusi AADK dan tak lupa juga kepada Tuan Hamim, selaku timbalan pengarah (kalo tak silap) Biro Tatanegara kerana telah menjalankan kursus2 camni. walaupun penat, tapi seronok. pasni kalo dorang buat lagi kursus2 camni, pendek kata you should go lahhhh! HAHA!
![]() |
| kolam ternakan ikan muara sungai kilim |
![]() |
| amboi depa ni! |
![]() |
| bendera group 6 |
![]() |
| puncak gunung raya. |
![]() |
| penyampaian sijil |
![]() |
| rehat sat. penat. |
![]() |
| ni laa mak aku. HAHA! sebok nak ajak aku bergambar! |
![]() |
| Kilim Geoforest Park. |
![]() |
| aril dengan khairol. |
![]() |
| main bola dalam kolam. |
![]() |
| benti makan kat tepi jalan. |
![]() |
| yang ni ceq taktau nak habaq mai lagu mana. HAHA! tersenyum bahagia. wewwiittt! |
![]() |
| kaki gunung. sempat posing lagi tuu. poyo betul. HAHA! |
![]() |
| group 6 dapat sijil |
![]() |
| mendaki bukit |
![]() |
| dengan abang zul aka nabil |















