hari ni ade perhimpunan kat putrajaya anjuran aadk sempena himpunan sejuta belia. pagi2 lagi aku dah terpacak kat depan masjid rumah aku dengan belia2 dari bandar tasik selatan. tunggu bas punya la lama. dari 10.30 pagi sampai la nak dekat kul 1. perghhhh! tak penat pulak la kan? dah nak kul 1 tu, bas pun sampai. satu bas laki, satu bas lagi pompuan. sejam lepas tu, sampai la kat putrajaya. lepak kat masjid utama putrajaya, tunggu pengerusi aadk sampai. punya la lama, sampai budak2 ni dah kebulur. kesian aku tengok budak2 ni. nak buat cane dik. akak pun lapar. haihh. lepas solat jumaat pun abang aidil tak muncul2 jugak. muka budak2 ni cemberut menahan kelaparan. kul 3, kitorang diarahkan jalan kaki ke masjid besi, iaitu tempat belia2 sume berkumpul. penat tak penat la, dengan lapar lagi, sumpah aku tengok memang kesian budak2 ni. setengah jam pastu, sampai la kitorang kat masjid besi tu. sampai2 je terus makan. team kitorang je yang lambat. team yang lain sume dah beratur g Palace of Justice, dengar taklimat PM kita.
pas makan, kitorang dok lepak kat masjid tu. tak masuk hall pun. dok sebok tengok orang konvoi dengan basikal dorang. bertepuk sakan la budak2 ni. punya la seronok depa ni. hihi. kul 6 tu, taklimat dah abes. tapi kitorang tak boleh balik lagi. ada 2 3 orang budak team kitorang hilang. sesat kat putrajaya. masing2 dah try call couple yang sesat ni, tapi tak dapat. pakwe nye pulak fon tinggal kat rumah. makwe nye pulak tade coverage. haihh. kesian. tapi memang betul. line maxis sangat teruk. aku try call mana2 num maxis, memang tak dapat. MAXIS, YOU SUCK!
tunggu punya la tunggu sampai dah kul 7, kitorang balik jugak. jalan kaki dari masjid besi sampai la kat masjid utama. bayangkan bape jauh tu? kalo aku gemuk, nescaya aku kurus lepas tu. haha. bila bas dah separuh perjalanan, kira2 lagi 15 menet nak sampi kliuc, dapat pulak call dari budak2 laki dalam 5 orang. dorang dah terlepas bas. nasib la. sape suruh merayau. dah elok2 dalam bas, turun pulak g amek gambar. aku pun tatau cane dorang balik sini. naik ERL la kut. sampai rumah dah tak ingat dunia. tido macam nak mati kepenatan.
28.mei.2011, SABTU
hari ni macam nak naik kete dengan kawan aku. nak tunggu deme sume kat putrajaya. sebab ingat nak balik malam sikit. nak tengok budak2 pengakap berkhemah malam2. tapi at last, tukar planning. naik bas jugak. sebab pk kat sana susah nak parking. sampai kat putrajaya kul 2, jumpe pulak dengan budak2 yang g langkawi dulu. perghhh. best la dapat jumpe. hihi. team dorang sume gerak dulu. team aku dengan team kuala selangor lepak makan. dah makan tu kitorang jalan pulak ke dataran depan sasuke. lepak2 amek gambar ramai2. gila seronok. walaupun banyak yang tak kenal sesama sendiri, tapi dorang sporting. especially team kuala selangor. macam dah kenal repat je dengan team aku. maklum la, team kuala selangor sumenye lelaki. peramah la. haha.
| tu haa. aku yang kat tepi tuu. tak nampak ka? yang comel2 tu la! haha! |
dah sesi bergambar tu, aktiviti bebas pulak. masa tu la kitorang sume jalan2. ada time sampai sejam lebih je nak cuci mata. hehh! mana sempat camtu. tapi takpe la. g jela mana yang sempat. aku nak main basikal dengan roller blade pun tak dapat sebab kesuntukan masa. ingat esoknye tu nak turun lagi, tapi malas la pulak. pk acara penutup lagi gila ramai orang. sampai rumah around 9, tido. hahaha.
| sebok nak bergambar. comel je budak2 ni. hihi. |




























